Wednesday, September 3, 2008

Monday, April 21, 2008

Tawaran Menjadi Fasilitator BiSik 08

Pada cuti semester ini Jawatankusa Kolej Kediaman akan menganjurkan satu program dikenali sebagai Bakti Siswa Akademik 2008(BiSik 08). Program ini bertujuan merapatkan pelajar dengan masyarakat sekitar selain itu dapat melatih Kemahiran Insaniah Pelajar UTHM. Program akan berlangsung seperti ketetapan berikut:-

Fasa1
Tarikh : 2-4 Mei 2008 dan 9-11 Mei 2008
Tempat : sekitar UTHM

Fasa 2
Tarikh : 20-22 Jun 2008
Tempat : sekitar UTHM

Kepada sesiapa yang berminat menjadi fasilitator bagi Bakti Siswa Akademik 2008(BiSiK 08) sila hadirkan diri pada tarikh seperti berikut:-

Tarikh : 30 April 2008
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Dr. Isamail,UTHM

****Penginapan asrama dan makanan fasilitator dan urusetia disediakan

--------------------Jom pakat ramai2 kita jadi fasilitator---------------

Tuesday, April 8, 2008

Wakil KKTDI buktikan kecemerlangan

4 April 2008- Seramai 5 orang mahasiswa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail mendapat pengiktirafan di peringkat Universiti di atas sumbangan yang diberikan. Selain itu 3 orang daripadanya merupakan Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dan ini sudah tentu membanggakan kolej. Antara pelajar yang berjaya adalah:-

Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

Mohd Asfah Rizal Mohd Fahmi - Anugerah khas HEP
Azyyati Osman - Anugerah Khas HEP
Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar - Anugerah Khas HEP

Mahasiswa KKTDI

Abdul Hafiz - Anugerah Seni
Suriamurni - Mahasiswa(siswi) Gemilang

Malam Potret Kejayaan

25 Mac 2008- Biro Akademik & Intelektual Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail telah menganjurkan Malam Potret Kejayaan. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mahasiswa/i Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun penglibatan di peringkat kolej dan universiti. Program ini memberi impak yang besar kepada ransangan pelajar untuk terus berjaya. Semoga program ini dapat diteruskan pada sessi akan datang bagi memperlihatkan bahawa KKTDI mementingkan kecemerlangan seimbang dari segi akademik, sahsiah dan peglibatan. Ini amat penting bagi meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan graduan dari UTHM khususnya dan IPT amnya

Friday, January 25, 2008

BIRO-BIRO JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN TUN DR. ISMAIL

1) BIRO INFORMASI & PERHUBUNGAN
2) BIRO AKADEMIK & INTELEKTUAL
3) BIRO KEROHANIAN & ETIKA
4) BIRO WARISAN & KEBUDAYAAN
5) BIRO KEUSAHAWANAN
6) BIRO KEBAJIKAN & PENGADUAN AWAM
7) BIRO SUKAN & REKREASI

PENGENALAN

Jawatankuasa Kolej Kediaman merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk menjadi wakil pelajar kolej.Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail(KKTDI) merupakan salah satu daripada limaa Kolej Kediaman di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM).Selaras dengan usaha universiti bagi meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan mahasiswa kampus satu organisasi yang dikenali Jawatankuasa Kolej Kediaman(JKK) diwujudkan bagi melatih mahasiswa melakukan aktiviti.
 

blogger templates | Make Money Online