Tuesday, April 8, 2008

Malam Potret Kejayaan

25 Mac 2008- Biro Akademik & Intelektual Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail telah menganjurkan Malam Potret Kejayaan. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mahasiswa/i Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun penglibatan di peringkat kolej dan universiti. Program ini memberi impak yang besar kepada ransangan pelajar untuk terus berjaya. Semoga program ini dapat diteruskan pada sessi akan datang bagi memperlihatkan bahawa KKTDI mementingkan kecemerlangan seimbang dari segi akademik, sahsiah dan peglibatan. Ini amat penting bagi meningkatkan kemahiran insaniah dikalangan graduan dari UTHM khususnya dan IPT amnya

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online